Sunday, May 8, 2011

Ohh Mama...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayang Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada muka surat yang sama ditulisnya.




* wahai anak-anak yang soleh dan solehah, ayuh.! ucapkan kecintaan & sayang pada ibu ayahmu selagi ibu ayahmu masih ada hayat dikandung badan dan sebelum ibu ayahmu pergi buat selama-lamanya. Mohon ampun diatas segala kesilapan yang lalu kerana ridha Allah mengikut keredhaan ibu ayahmu.











Di manakah nilai kecintaan kita selama ini??

SebelumTido:
6 minggu: Selamat Tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak
bertapa pilah gunung ledang sana!!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I
belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduhsayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Wallahualam..... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mudah melupakan erti nikmatnya "CINTA"

Saturday, May 7, 2011

Blaja keta

Hari nie first time aka bwk keta...mula2 tue cikgu dh suh ak bwk keta...
adoiii...mmg takuttt giler la...x reti lgsg nk bwk..

ak ckp la kat pkcik rosli tue yg ak x pndai nk bwk keta...dia kata x pe,nnt dia ajr...
Lps tue kan..blh la perlhn2 ak bwk tp mmg ak kelam kabut td...
Ak pening..takut...risau..sume ader...
Aku x ingt sgt mase bile kena tekan clash,brek ngan minyak nie...
Dah la mase nk tukar gear tue tangan ak nie keras sgt....hehe..
sian kt pkcik rosli tue..sabor jelah ngan ak nie...mcm2 jea perangai ak...

Tapi best bwk keta..rase x puas jea nk bwk...emm..td ak ade nmpk sorg nie bwk keta hbs lggr tiang...sedap jea ak duk gelak..hahahahahaha...
Pkcik rosli ade ckp,ndhirh pun jgn sedap duk gelak kat org...jgn bg org len gelak kat kite plak..hehe.

esk ak nk merempit plak..bwk moto..hahaha.
Stkt tue jelah..bye...

Friday, May 6, 2011

Remaja dan Cinta

Assalamualaikum kpd semua pembaca yang masih sudi meluangkn masa untuk jeling2 blog puteri nie...hehe..
Lama benor dah rasanye x update blog nie...
Alhamdulillah,kali ini aku dikurniakan masa utk update blog...

Remaja dan Cinta:

Saya bertanya kepada mama, "ma mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Ma jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Ma mengukir senyuman.

"Pilihan hati ma adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Ma diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya ma dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari ma sedangkan sekilas saya pun ma mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." ma merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." ma menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham..
"
Ma menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Ma menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Ma menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" ma berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Mama buat-buat tidak nampak.

"Ma dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu ma dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Ma nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mama. Akhirnya ma bagi kata putus, ma hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami ma. Dan dia memang bukan jodoh ma, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,"

Mama merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada mama, semakin berminat dengan kisah lama ma..

"Ma memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah ma.

Mama ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, ma tak pernah bagi peluang pada diri ma untuk mengisytiharkan perasaan tu. Ma takut pada Allah. Ma bukan seperti rakan sebaya mama yang lain. Ma, seperti kakak.." Ma memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, ma pelajar pertama yang bertudung. Ma membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil ma dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan ma sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." mama melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung mama.

Ada getar di hujung suara ma. Kisah silam perjuangan mama di sekolah dahulu sikit-sikit mama ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti ma, ma menjadi tempat rujukan kawan-kawan ma. Jadi, bila ma nak ambil sesuatu tindakan, ma kena fikir betul-betul sama ada tindakan ma tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mama membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mama sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mama menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mama saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah mama.

Mama meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," ma berhenti seketika.

Tentu kering tekak ma menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini ma nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
 Ma menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan ma sangat-sangat kuat.

"Ma dah didik anak ma dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang ma serahkan anak ma yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,"

Ma mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Nadhirah syg Mama....thnks a lot....