Wednesday, August 9, 2017

MASALAH SLIP DISC BOLEH LUMPUH???

Lama dah cik nad tak berblogger yea...
Kali ini, cik Nad nak share la sikit tentang masalah slip disc...

Korang tau tak apa slip dics tue??
Cik Nad pun pada mulanya tak tau bila doktor kata ada masalah disc nie??

Ingatkan ada CD ke apa...kan disc2 bagai...haha
Lepas doc citer tentang masalah slip disc nie...memang tergamam...terpaku bagai la....

Allah...besarnya ujian ini...
Tapi Cik Nad cuba positif la..
Mungkin ada hikmahnya...

Slip Disc nie berkaitan tulang belakang yang patah...
Sebut jea tulang belakang mesti ngeri kan....sakit apatah lagi...

Pada mulanya doc kata buat  operate...
Tapi risiko tue 50 50 la...
Sebab ada yang buat operate berlaku masalah juga...

Cik Nad memang degil...cakap kat doc tue bagi masa boleh x??
Sebab cik Nad nak cuba ikhtiar lain...
Doc tue marah tau...dia kata baik operate jea la...susah dah kalau patah nie..

Akhirnya, doc bagi juga tempoh dua bulan untuk melihat sejauhmana Cik Nad boleh bertahan tanpa operate nie...


Cuti yang doktor bagi


Alhamdulillah...Cik Nad cuba juga ikhtiar tradisional, usaha dengan ubat dan suplemen Shaklee serta tawakkal kepada Allah. S.W.T....lama-lama Cik Nad dah boleh berjalan, boleh bongkokkan badan untuk ambil barang, boleh turun naik tangga...

Dengan IzinNya Cik Nad dapat balik kaki Cik Nad yang sebelum nie tak boleh gerak..tak boleh rasa..tak boleh jalan...

Sekarang nie pun masih dalam rawatan....
Doakan Cik Nad makin sembuh yea dan boleh kembali ke sekolah semua...Aaamin




Ostematrix SHAKLEE yang menjadi peneman setia Cik Nad masa sakit




Stok Shaklee yang merupakan salah satu iktiar untuk masalah slip disc Cik Nad


Nie la ubat dan Suplemen Shaklee yang Cik Nad ambik....Tak boleh ambik satu masa...













Sunday, April 30, 2017

BAHAYA PENYUSUAN IBU PADA BULAN PUASA??


Bayi susu ibu penting pada bayi?? Jawapannya, YA. susu ibu ini mempunyai banyak khasiat. 

Subhanallah...itulah salah satu susu yang dicipta semulajadi oleh Allah untuk kesihatan anak-anak.



Terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.


Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi.

Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa. 

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku.


Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
*Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan 
  menyusukan bayi.
*Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
*Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
*Terasa loya dan ingin muntah.
*Rasa menggigil.
*Berasa lemah dan sakit otot.
*Mudah marah dan emosi yang tidak stabil. 

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
*Pergerakan bayi yang tidak normal.
*Berlakunya kontraksi.


Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak.
Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

❤ Banyakkan pengambilan cecair.
❤ Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan      mengandungi air.
❤ Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia 
     boleh menarik keluar air dari sel 
 ❤ Mengambil vitamin C. 
 ❤ Berehat secukupnya. 
 ❤ Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.





Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat. 


Untuk dapatkan Set Combo Puasa ini, boleh hubungi cik nad yea...





01119484207 (Nadhirah mohd zain)