Sunday, November 28, 2010

seloka k3

salam..tuan puteri bosan cuti nie,so ak luangkn la maser yg der nak buat paper nie,ak cuba ler blja buat seloka..khas utk kenangan bg unit k3 yg sem 1..hahaha..ak nie x pndai sgt wat seloka...cuba la sket2..kikiki

Assalamualaikum pembuka bicara
Buat pembaca dihormati
Unit k3 dijadikan cerita
Senda gurau kenangan abadi

Bermula dengan mentor kita
Orangnya hensem sekali
Encik Noor Azni bin yahya namanya
Orangnya sungguh baik hati

Soal agama x pernah ketingglan
Bila berbicara panjangnya tak terkira
Syazwan bin Samsol Kahar itulah gerangan
Jalankan tugas sbg tok ketua

Siti Fatimah A.Said diberi nama
Diberi tugas sbg penolong
Bab sastera dialah juara
Bila mendeklamasikan sajak,semua melopong

Isnin hingga Jumaat hari yg ditunggu
Oleh Muzamir menteri kewangan
Duit kelas tak cukup tiap2 minggu
Rupa2 nya empunya diri yg x buat bayaran

Berbekalkan senyuman juga jelingan
Cara kak aishah buat teguran
Berpangkat senior jadi sandaran
Insyaallah kelas kekal aman

Duduk bertapa di depan sekali
Tekun blajar penuh dedikasi
Nerudin bin Liton namanya cantik sekali
Duduknya diam mengalahkan puteri

Dua orang pelajar banyak celotehnya
Selalu kamceng sehati sejiwa
Bila guru tiada,lesaplah mereka
Miera dan Sakinah itulah orangnya

Orangnya sporting tegas sekali
Yau Su Han nama diberi
Salah seorang bangsa cina kelas kami
Sekali dia tengking semua tergamam

Sifatnya tegas dalam pelajaran
Bab study dialah hadapan
Wahai Zakirah engkaulah harapan
Kata orang corak masa depan

Menjadi penghibur kerja sampingan
Di facebook nama diberi Keyla Michi
Suaranya merdu ramai tertawan
Berangan nak menjadi penyany terkenal

Kelas k3 dilanda sepi
Bila hilangnya penghibur kami
Itulah Faiz Sarwani empunya diri
Orangnya lucu tapi baik hati

Faizal Jalil tak ketinggalan
Tibalah dia mengambil giliran
Semua pelajaran tak diabaikan
Cikgu dihadapan dia bersembang

Al-kisah pula Shahlan bin Nurun kita
Muhammad Adib itulah best friendnya
Cikgu mengajar dia terlena
Konon bermimpi dengan 'heroinnya'

Nama Lovely Liza sungguh mempesona
Berkulit putih anggun sekali
Eika yg menggelar dirinya comel pun apa kurangnya
Wajah seperti Angelina Jolie

Dari Kota Kinabalu Shawati ke mari
Menuntut ilmu di bumi Hulu Kinta
Bab bergayut dengan abe dialah juara
Sampai x sedar kucing di tepi

Selalu melenggang bila berjalan
Tinggi orangnya ala Pakistan
Itulah Muizzudin saya mksudkan
Lagaknya mcm hero Shah Rukh Khan

Jual temberang jawatan di kelas
Muhammad Eizaz namanya begitu
Peribadinya sungguh kemas
'Smart orangnya' 'ada class gitu...!

Kacak wajahnya bolehlah tahan
Bila tersenyum bertambah menawan
Inilah Muhammad Amir saya mksudkan
Pelajaran Seni selalu ke hadapan

Kecil-kecil cili padi
Jaguh 'Tenis' dari hutan Melintang
Gelaran Batista yang diberi
Siapa lagi kalau bkn Faris Hafiy

Meja Arman Norzaman kita jejaki
Orangnya baik lagi berbudi
Datang ke kelas selalu berpeluh di dahi
Konon mengejar lecterur di hati

Tibalah pula kepada tukang cerita
Tak pyhlah perkenalkan diri
Boleh dikata muka manis bak gula-gula
Digelar sbg tuan puteri

Sentiasa tenang menghitung hari
Tuan Puteri Nadhirah juara kita
Model muslimah masa kini
Senyum di bibir sepanjaang masa

Kepada semua yang sudah terkena
Maafkan hamba pacar yg hina
Bukannya niat hendak mengata
Hanya gurauan semata-mata

Sekian saja saya persembahkan
Mana yg silap harap maafkan
Maklumlah pengarang x ader kelulusan
Lagi pula x ada pengalaman

Sudah tiba di hujung lembaran
Terasa sekejap kita bersua
OPS....lupa pula satu perkataan
Saya SAYANG kamu semua....hahahaha

p/s:jgn mrh yer vdk2 k3..nnt cepat tua..x sempat nak khwin,dah berkedut muka tue...kikikikikikiki

1 comment: